REVIEW PUNCAK D'Setiawangsa Aerial View . . .
TINJAUAN 1WC'sChannel Akhir tahun 2012 - TANAH Runtuh PUNCAK Setiawangsa: ‘88 Keluarga Diarah Kosongkan Rumah’ . . .
By think IN PICTURE's | 31 December 2012 | IMAN Ancaman Mendusta
Sumber/Bernama - KUALA LUMPUR: TANAH Runtuh
PUNCAK Setiawangsa, seramai 88 keluarga yang menghuni banglo mewah, rumah kedai
dan rumah teres di Puncak Setiawangsa di sini diarah berpindah serta
mengosongkan kediaman masing-masing ekoran masih berlaku pergerakan tanah yang
aktif selepas kejadian tanah runtuh di kawasan itu malam tadi.
Timbalan Ketua Polis
Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata polis telah mengarahkan kesemua 30
pemilik rumah banglo, 18 pemilik rumah kedai dan 58 pemilik rumah teres dua
tingkat tersebut berpindah ekoran keadaan tidak selamat dan mungkin boleh membahayakan
keselamatan mereka.
"Kesemua yang
terbabit berada di Jalan Bukit Setiawangsa dan Jalan Puncak Setiawangsa 2
diarah berbuat demikian setelah Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM)
mengesahkan pergerakan tanah masih berlaku di kawasan tersebut," katanya
kepada pemberita di lokasi kejadian.
Othman berkata ekoran
kejadian tanah runtuh malam tadi sebuah banglo terjejas teruk manakala dua lagi
banglo yang dimiliki Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique
dan Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis mengalami rekahan
tanah.
Beliau berkata pihak
polis telah berbincang dengan agensi keselamatan lain bagi mewujudkan satu
jalan alternatif lain ke Puncak Setiawangsa kerana jalan utama terpaksa ditutup
atas faktor keselamatan.
Beliau berkata buat
masa sekarang hanya 49 penghuni telah berdaftar di bilik gerakan polis
sementara yang ditempatkan di kawasan kejadian untuk memaklumkan mengenai
pemindahan mereka dari rumah terbabit.
"Kita
menasihatkan penduduk yang belum berdaftar agar mendaftarkan diri di bilik
gerakan kita, agar mudah kita melakukan pemantauan dan kita tunggu kajian Ikram
untuk mengetahui tahap keselamatan terkini kawasan runtuh itu," katanya.
Othman berkata polis
telah membuka pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Setiawangsa
kepada penghuni yang terbabit. Dalam sidang akhbar yang sama, Jamaludin
berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan
isterinya, memaklumkan kepadanya bahawa dia telah mendengar bunyi detuman yang
kuat setelah sebahagian rumah jirannya telah runtuh.
"Isteri saya kata
bunyi kuat itu datang dari rumah jiran saya, yang merupakan ahli perniagaan
Timur Tengah, yang menyewa di situ sejak beberapa bulan lalu,"
katanya. Katanya tiada sesiapa yang cedera, cuma separuh bahagian bangunan
banglo itu termasuk kolam renang runtuh ke bawah sedalam 50 meter.
Jamaludin berkata
disebabkan kejadian itu, beliau bersama keluarganya terpaksa berpindah ke
sebuah hotel di ibu kota sementara menungggu keadaanpulih. Katanya beliau
membeli lot banglo itu pada 1987 dan mendiaminya 3 bulan lalu selepas tamat
perkhidmatannya sebagai Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat.
"Saya
mewakili penduduk Setiawangsa mengucapkan terima kasih kepada polis, bomba,
Rela, JPAM dan Ikram kerana memaklumkan insiden itu dengan cepat kepada
penduduk dan mengelakkan sebarang malapetaka yang lebih dahsyat," katanya.
Seramai 283 Penghuni Rumah
telah berpindah . . .
Puncak Setiawangsa
Setakat ini Seramai 283 penghuni rumah telah berpindah ke kawasan lain
disebabkan kejadian tanah runtuh belaku pada 9:50 malam pada juma'at. Tinjauan
ABN ke kawasan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa bagi mendapatkan komen
penduduk and pihak berkuasa.
Conclusion: (BENCANA Secara Peribadi) Tanah
RUNTUH bukit Setiawangsa vs (Bencana Secara Umum) Bagi
Peniaga-peniaga UpTOWN
D'Setiawangsa DIROBOHKAN TANPA SEBARANG NOTIS? . . . Peniaga-peniaga
UpTOWN D’Setiawangsa ter-Aniaya???!!! @Berbahgialah DO’A-Do’a Orang-orang
TerAniaya! . . . You Asked for it, You Got it!!!
(BuktiNyata) DUNIA ini BULAT – Masya'Allah
tersangat AdilNya Allah Ta'ala: Apa
yang belaku di UpTown Setiawangsa sebijik belaku dipuncak Setiawangsa tonton
Video ini apa yg Peniaga-peniaga UpTOWN pernah laluinya . . . tak percaya,
tanyalah DBKL!!!
Seperti peNIAGA UpTOWN pernah lalui Bhg 1:
Seperti peNIAGA UpTOWN pernah lalui Bhg II:
Seperti peNIAGA UpTOWN pernah lalui Bhg III:
(Update FOTO) . . .
Sesi dialog bersama penghuni Puncak Setiawangsa
Benteng konkrit runtuh di Puncak Setiawangsa http://www.youtube.com/watch?v=lrc3030DJMA
Kejadian tanah runtuh http://www.youtube.com/watch?v=_UBxWdJEhfY
TPM lawat Tanah runtuh di Bukit Setiawangsa
Dec31_Tinjauan Puncak Setiawangsa
Penduduk Pasrah Berdepan Tragedi Tanah Runtuh di
Bukit Setiawangsa (2/1/2013)
Setiawangsa Landslide
KL mayor: Collapsed wall doesn't meet current
guidelines
Bkt Setiawangsa landslide: Residents' woes
Bkt Setiawangsa landslip: Residents from 46
homes evacuated
Landslide at Puncak Setiawangsa - day 3
Update 'Tanah RUNTUH D'Setiawangsa Dec 30, 2012'
Bencana Tanah Runtuh D'Setiawangsa 'PC dari
rumah mangsa Dato Jamaluddin Jarjis'